8 views

16 Oktober 2024 : SMK Julau, Sarikei menjadi destinasi terakhir Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) @HePiLI Zon Sarawak 2024.
Seramai 650 orang pelajar dan 69 guru serta kakitangan sekolah telah menyertai aktiviti kembara ini yang telah dirasmikan oleh Tuan Paul Anak Mangka, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Julau.
Hadir sama Dr. Johnny Anak Kelak, Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Puan Siti Suryani Binti Jarmi, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Promosi Kesihatan Negeri Sarawak, Puan Madline Anak Jayan, Pengetua SMK Julau, dan Tuan Daniel Anak Udin, YDP PIBG SMK Julau.
Kembara kali ini diadakan bersekali dengan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan 1 Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) Peringkat Daerah Julau.
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) merupakan satu elemen dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat, pada tahun ini disasarkan kepada komuniti institusi pendidikan terutama komuniti Health Promotion in Learning Institution (HePiLI) bertujuan meningkatkan literasi kesihatan dan mengukuhkan promosi kesihatan bersama rakan-rakan strategik, melalui cara interaktif dan menyeronokkan, terutama bagi kalangan generasi muda.
Mengetengahkan tema “Tingkatkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat” BMSS@HePiLI memfokuskan kepada lima elemen utama pembudayaan hidup sihat iaitu aktiviti fizikal, minda sihat, pemakanan sihat dan selamat, pencegahan tingkah laku berisiko termasuklah bebas tembakau, alkohol dan bahan terlarang, buli, penyalahgunaan internet, kebersihan diri dan persekitaran termasuk penjagaan kesihatan gigi dan pencegahan denggi.
Pelbagai aktiviti didik hibur telah diadakan di bawah skop pembudayaan hidup sihat, antaranya sesi senamrobik, Pocket Talk berkenaan minda sihat dan amalan pemakanan sihat, pameran kesihatan, demonstrasi 7 langkah mencuci tangan, One Hour Malaysia Clean Up, kuiz kesihatan, saringan kesihatan serta saringan kecergasan dan permainan interaktif oleh Pasulan Wellness On Wheels (WoW).
Tn. Paul bersama-sama tetamu kehormat dan para pelajar turut menyempurnakan gimik pelepasan Mobile Truck Wellness On Wheels (WoW) sebagai simbolik berakhirnya Kembara BMSS @HePiLI Zon Sarawak 2024.
Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga SMK Julau, Sarikei dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei yang telah menjayakan Kembara BMSS @HePiLI!
Jumpa lagi di lain kesempatan
“Tingkatkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat”
Hepili Network
#BulanMalaysiaSihatSejahtera
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
#OneHourMalaysiaCleanUp
#HePiLI
#SihatMilikku
#SMKJulau
#Sarikei
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-